Sunday, December 18, 2011

Hadap

Assalamualaikum tawan tawan .

*lap air mate*
hahaha belum taip ape ape dah nak lap air mate. adoy *tepuk dahi*

(time time nie la lagu Patah Seribu nak berkumandang di radio swasta) *emo*

pada tanggal 20hb Disember ini tamat la sudah pengangguran ku di rumah dan tamat juga segala keindahan dan kenikmatan duduk kat rumah ini. cukup setahun aku habis sekolah tingkatan lima.



kini dengan rasmi nya aku akan mulakan perjalanan hidup yang baru iaitu menjadi salah seorang pelajar di Politeknik Port Dickson. InsyaAllah 3tahun lagi aku akan menggenggam (betul ke eja cmni?) segulung Diploma Kejuteraan Awam.

wa sedih jugak nak tinggal kan rumah , tinggalkan abah , tinggalkan ke'heaven'nan tido yang panjang , online bile bile mase , tinggalkan bukak lagu kuat kuat , tinggalkan blog. EH?! haha tinggalkan abang abang kuh yang hensem serta kakak ipar yang cantik (puji sikit , baru dpt elaun lebih) dan macam macam lagi la. mesti aku rindu mereka semua. harap tak menjadi jadi la rindu aku nanti. heh

ironi nya (kemain aayat kau jahh) aku rasa tak sabar pulak nak hadap perjalanan hidup baru nie. tak sabar nak habis belajar sebenarnya. al-maklumlah nak mencapai aspirasi kuh. hahaha #poyo

tapi aku ade satu masalah iaitu aku belum tahu lagi keputusan rayuan hostel aku toh. aku rase korang taknak tengok aku berpelesiran kat sana dan menjadi salah sorang ahli gelandangan kan?! seperti yang diketahui umum , budak semester satu nie wajib duduk hostel. macam mane aku boleh tak dapat toh? urghh! #kritikal

dengan hati yang kudus serta harapan dan iltizam yang tinggi , aku harap dapat la aku dok hostel toh. oh aku baru dapat satu khabar yang aku tak tahu la gembire ke tak. berita terkini : keputusan rayuan akan keluar 20hb toh. defakk time nak daftar toh baru dapat taw. kalau tak dapat , time toh jugak aku nak carik rumah sewa?! urghh! #kritikal lagi

lantak la. ape ape pon harap aku dapat cepat menyesuaikan diri kat sane dan dapat kawan yang baik boleh terime aku boleh kejut aku solat subuh. haha dan harap setiap exam , pointer haruslah 3.00 ke atas. hahaha korang nampak tak aku tulis ape? hah! nanti sem akan datang aku nak tengok balik. terbukti ke tak azam sem 1 aku nie. kahkahkah!


p/s : packing barang . oh ya sahabat aku (atyn) yang mengalami keadaan yang sama pon ade buat entry jgk. KLIK

Tuesday, December 6, 2011

SAH ?

Assalamualaikum ,



Alhamdulillah semua nya berjalan lancar pada majlis perkahwinan abang kuh.
dengan 2 kali lafaz , abang aku sah bergelar suami orang. gembira + sedih tahu.
mengalir air mate abang dan juga aku. tak kurang juga dengan makcik-makcik kuh

masa bersanding pon mengalir jugak air mate. aiyooo
sepupu aku cakap : sume nye menangis. dah macam orang mati ke kene kawen pakse. hahaha siiooott je.

aku sedih sebab arwah mama tak sempat nak tengok anak sulung nye kawen.
dapat menantu pertama. ramai kawan-kawan arwah datang.
*nie yang malas nak cerita nie , mule lah nak mengalir*


mostly kak adah je yang banyak nyanyi. haha
oh kami ade jugak karoake , sangat best sebab sume sedare mare aku sporting gile babengg.
pantang nampak microphone. laju je request lagu nak nyanyi.
peringkat umur dari yang kecik hingga ke golongan veteran y'all. haha

and yes nasib baik kami buat katering je. takde la penat sangat kan.
sehari je rumah dah kemas. Al-maklumlah abang-abang rajin kemain termasuk aku. haha



oh semalam kami pegi main boling kat gemas.
aku dah lame tak main, toh yang ke longkang je pegi nye.
and thank you kepada Uncle Din , Abg En dan Eddie yang open table semalam.

last but not least , Selamat Pengantin Baru kepada Yop & Kak Ain dan Selamat menjadi a part of my family :)

p/s : thank you kepada sesiapa yang datang dan selamat menghafal muke kuh ini sebab dah lame tak jumpe.
p/s : maaf kan segala kekurangan atau kesalahan kami pada hari itu
p/s : aku nak anak buah. okbai

Sunday, November 27, 2011

Bagaikan Bidadari

Assalamualaikum ,

*ini entry sumbat*

22 Nov
Alhamdulillah aku dah 18 tahun. syukur masih lagi bernafas dalam dunia nie.
syukur kesihatan aku baik. syukur aku dapat sambung belajar.
syukur ya Allah. oh thank you pada semua yang wish via fb or via text.
-spt biase abah tak ingat birthday aku-


24 Nov
Bergerak ke Seremban. rumah Azy.
motif : carik baju untuk wedding abang sambil jumpe member lame.
aku naik bas dari Gemas - Seremban. malang sekali seat aku ade orang duduk.
malas nak bertekak , aku carik je lah seat yang kosong
iaituuuu ------> nun di belakang sekali. aku sorang je dok belakang. sadis!
tapi tak best dok belakang sekali. terhenjut henjut aku. pening kepale.

sampai je kat terminal , carik Azy. 1st ayat yang keluar dari mulut dia ialahhh
'Kau dah kurus! Benci la camni'
aku kurus?! whoahh! rase nak melompat lompat je taw. hahaha
aku dok umah takde sape pon nak puji aku kurus. hewhew

sampai rumah dia , mak dia plak cakap aku kurus.
Hoi ! kembang montot camni. hahaha

25 Nov
Aku pegi Seremban Parade. pegi First Lady. dapat la sepasang baju untuk kenduri nanti.
kat Seremban , satu je eh FL? noob.
Then aku jumpe Malin plak. seronok gile. dia dah retired dari UTEM. masuk SPA.
same jugak dia cakap aku dah kurus. hahaha kembang lagi hidung.
tapi dia pon dah kurus dah. huihui
borak - borak macam dah bertahun tak jumpe. best!

Makan pastu carik tudung plak. mule lah tawar menawar. dapat la kurang.
aku cakap la aku nie student , pakai duit PTPTN plak toh. buat muke sedih.
hahaha. dapat lagi murah. padahal duit aku sendiri.
balik rumah try pakai tapiiiii tak muat. cilake ape. aku rase saiz budak kecik kot. grrr
Habiss binasaa duitt kuhhh. nak claim balik la camni.

*kami merempit naik motor. haha*
*tak snap picture pon dengan dorang*

26 Nov
Abah tanye aku beli baju warne ape , aku cakap la dah tema biru. mesti la beli biru.
tapi dia cakap dia dah tukar warne khemah. biru ke merah.
sebab haritu jiran dah pakai biru. tak kan nak pakai biru gak. eh pedulik la kan.
so , aku suruh dia tukar balik warne biru. hoi! aku dah beli warne biru kot. barang barang pon biru
baju pengantin lagi , pelamin lagi. hahaha
petang pegi Jackel Segamat. carik kain batik warne biru. buat baju batik untuk bapak pengantin nye.
terus hantar tailor. 3hari siap. hahaha

27 Nov
Aku turun Seremban lagi. sedare kawen. 2 pupu aku. sepupu abah.
bangon awal ohh! berjalan je aku minggu nie. rumah tak kemas lagi. gasak lah.



1st time buat entry sumbat nie. best jugak. haha
oh ye , sebelum terlambat aku nak ucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram.
Salam Maal Hijrah. semoga kite same-same berhijrah dari buruk kepada baik.
jangan sebaliknye plak. piiaatt telinge kang. haha

tahniah abang Asrul & kak Fiza
*jiran*


p/s : ape yang Bagaikan Bidadari kat title toh? act , aku tengah dengar lagu toh. takde kene mengene pon dengan entry nie. haha #pedulik

Friday, November 18, 2011

Macam - Macam

Assalamualaikum ,




Lama dah tak hupdate. aku banyaaaakkk gile nak cerite. sampai tataw nak cerita yang mane satu. hah! hiperbola kan ayat aku? haha

aku takde mase nak berblog sejak dua menjak nie. buzy memanjangg macam Perdana Menteri plak.
aku kene get ready for my brother W-Day. lagi 2minggu je derr. wa punya baju pon takde lagi. hah! camno toh?

pastu nak mengajak orang lagi. kau taw tak , 3 jam hanya 2 buah rumah je mampu. kenape? sebab semua nye mempelawa masuk , makan minum , borak-borak. hoi ! bile nak habis menjemput kalau camni? dush!

then , line internet tak berape nak memuaskan. terbantut semangat nak berblogging. lagi aku tak bawak lappy apabila berjalan. lagi aku belum bersedia nak update entry baru *eh*


lagi bla bla bla bla .....


(banyak alasan , cakap jea malas)


ok dah la , aku malas penat. sabtu nie jiran aku kawin , haruslah kene tolong menolong. nanti wedding abang aku , boleh la dorang tolong plak. *eh macam harap kan balasan je. hampeh*


eh jangan lupe datang wedding abang aku nanti taw.

4hb December (Ahad) 
Di No 1333 Taman Sentosa , Gemas Negeri Sembilan.

*kang jangan cakap aku tak mengajak, hempuk kepala sorang2 kang*



p/s : aku terlupaaa nak pegi tengok Piala Malaysia dengan player2 N9 yang hensem2 toh tadi kat Gemas. damn

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha

Assalamualaikum , 

Selamat Hari Raya Aidiladha 
untuk semua umat Islam di seluruh dunia 
dan diharapkan mokcik pokcik kita yang pegi menunaikan haji ,
mendapat haji yang mabrur. Amin

wa belum dengar takbir lagi 
dah melahap lemang dan rendang. haha
besok nak makan nasi impit dgn kuah kacang je.
yang lain pandang sebelah mata je. hahaha

untuk itu , nahh lagu raya 


eh nie bukan Aidil Zafuan atau Zaquan Adha taw
nie HARI RAYA AIDILADHA
hoi , BESOK hari rayaaa ! 
lapah lembu/kambing jum. *mcm berani*




p/s : jom balik kampung yang tak berape jauh. haha
p/s/s : entry nie macam berkecamuk je. harap maaf , 
excited sangat kot raya. err

Sunday, October 30, 2011

Hobin Jang Hobin

Assalamualaikum ,

malas nak cakap banyak ,
semua dah tahu NEGERI SEMBILAN 
menang Piala Malaysia 2011



tahniah untuk pasukan Negeri Sembilan 
tak sia sia 3 kali berturut turut masuk final 

kpd skuad Peteh Ganu Peteh , 
lain kali jangan cakap besar


kan penyu dah menangis. hahaha

lagu untuk fans Terengganu



kahkahkah 

Wednesday, October 26, 2011

campur baur

Assalamualaikum ,

harini 26 oct.
cukup 3tahun mama meninggal. rase macam baru semalam aku mandikan dan tulis kalimah ALLAH atas dahi arwah. teringat kata - kata arwah mama sebelum dia temui ajal ,

aku baru balik dari cc , apply masuk teknik. aku pilih teknik PD. sebab dekat dengan rumah.
arwah cakap kenape pilih teknik PD , bukan ade sesape pon kat sini. aku pelik je dan terus cakap takpe lah. dekat dengan rumah. senang nak balik.

2008 . last beraye bersama


serius sebelum nie aku memang jahil , solat tak pernah nye nak cukup 5 waktu sehari semalam ,
arwah sempat pesan kat aku , kalau dia dah takde nanti takde sorang pon anak2 nak mendoakan dia.
dulu aku amek toh sebagai gurauan. jadda ape aku nie.

baru sekarang aku faham ape maksud dia cakap macam toh.
insyaAllah aku akan sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mama.

semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org2 yang beriman. serta dibukakan pintu syurga untuk nya dan diperluaskan kubur nya. amin

AL - FATIHAH

*aku taknak taip banyak2 , kang banjir lapppy nie*

oh ya , Alhamdulillah aku dapat tawaran ke politeknik. course kejuteraan awam. tapiii dapat poly kat PD. padan muke aku , dulu berharap sangat tak dapat poly PD nie.



p/s : aku dah cakap taknak cite panjang2.*lapairmate* semoga aku tabah dan kuat hadapi segala cabaran.

Saturday, October 22, 2011

Ngeriii Youu

Assalamualaikum ,

Malas nak merepek dalam permulaan perenggan. haha

hah ape yang ngeri sangat toh dik oii ?
nie ahkak nak cite nie. *kemain macam gosip plak kheenn*

ok aku baru pindah rumah. err baru ke? dah nak 11 bulan aku dok sini. and yes aku tak taw lagi perangai orang sini macam mane. kenape aku cakap camtu?

sebab rumah aku dan jiran jiran lain , habis dibaling batu sebelum nie dan sekarang. ade yang sampai pecah cermin kereta dan cermin tingkap rumah. akibat dibaling batu toh. tapi tak taw sape yang membuat nye. dorang selalu buat dalam pukul 7 lebih macam toh. bile kite tengok kat luar, non hadoo. magic!

aku duduk dengan abah je. dan selalu nye abah pergi surau maghrib-isyak. and yess aku duduk sorang sorang waktu sebegitu. dorang pernah jugak ketuk pintu belakang rumah aku dan ketuk tingkap jugak.

seharusnye lah aku terkejut dan takut. dah lah aku dok sorang sorang. damn

ade satu haritu , aku mandi. tengah syok mandi tetibe ade orang ketuk tingkap toilet aku. terus aku jerit 'WOI !' dari dalam toilet. bodoh gile lah. aku terus keluar toilet. takut jugak kot kot dorang dok record kan. hahaha

jiran aku pon ade kes yang same macam aku. dia tengah mandi tetibe ade orang masukkan batu dalam toilet dia. nampak wei tangan dia. ish . sekarang saya dah tak mandi malam. petang dah siap siap mandi. takot bende toh berulang.

dan latest . rumah aku jadi mangsa. dan aku keseorangan lagi kat umah. malam rabu lepas. dalam pukul 8.15 camtu , aku terdengar tingkap belakang bunyi orang nak bukak. terus aku tengak dan nampak tangan orang dok try nak bukak tingkap toh. aku terus jerit dan dia pon keluarkan tangan dia. tak sempat aku nak hiris tangan dia or kepit tangan dia kat tingkap toh. pastu aku amek pisau dan asah kat tepi tingkap toh. konon nak wat dia takut lah. tengah aku get ready kalau kalau dia wat lagi tetibe ade plak orang baling batu kat depan. urghh ! tension aku.

2 3 hari nie takde plak ape ape berlaku. maybe sebab hujan lebat. tak kan dia gigih plak nak wat sambil berpayung / pakai baju hujan kan. hahaha

dan sekarang semua jiran jiran aku lebih berhati hati. bukak lampu belakang. sebab belakang nie gelap. tapi aku rase nie keje budak budak nakal lah. bukan nye orang dewase.

tapi kalau dapat tangkap sape punye keje nie memang aku sekeh sekeh kepale dorang. sape yang dah sunat toh , aku sunat kan lagi sekali.

harap bende nie tak kan berterusan lah. takut waa dok umah derr. nie aku ade boleh lah tengok tengok jugak. nanti kalau aku dah masuk belajar? hah. makin teruk plak.

oh dulu ade gak kes pecah masuk rumah nie. tapi dorang tak amek ape ape. dorang just bukak pintu rumah then blah. dorang tak kopak tapi wat rumah toh macam tuan rumah yang bukak. hurm aku rase dorang nak tunjuk hebat je kot. bukan niat nak mencuri.

ok lah toh je aku nak share. pesanan penaja : kunci lah rumah toh , tak kire lah korang ade kat rumah ke keluar rumah ke. tolong lah kunci. kite tak taw ape yang bakal berlaku kan. sediakan payung sebelum hujan sebab sekarang nie hari hari hujan kan. jangan main hujan. nanti demam pulak. :)

pic takde kene mengene
(mase raye ke3. perak - pahang
berhenti kat genting sempah)

Tuesday, October 4, 2011

Emm Dapp !

Assalamualaikum dan Selamat Pagi semuaa ,

(rajin dah bagun pagi pagi)


tadi mimpi makanan kat kantin sekolah dulu.
list kuih muih terbaekk

1. Popia Goreng


fuhh sedap hokee. tambah plak dengan sos dia toh. 
letak banyak banyak
*telan air liur*

2. Karipap


ni bukan karipap karipap cinta eh
karipap nie pon sedap apabila dimakan dengan sos popia tadi
arghhh! sedaapp

3. Donut


donut menjadi pilihan hati apabila ia panas dan gebu !
dan lembut

4. Pau Sambal Goreng / Burger Malaysia


ponn sodaapp


Hah cukup cukup lah toh 4jenis je. kang habis blog aku dengan air liur korang meleleh. haha
serius tadi bangon dari tadi rase tengah makan kuih muih nie. ish!



p/s : pic aku cilok dari google

Monday, September 26, 2011

Penyelamat Bumi

Assalamualaikum ,

Terase begitu lame tidak menghupdate blog usang nie. kekok . *Amboihh

pelbagai cerita ingin dikongsi bersama dengan pembaca yang dihormati sekalian. akan saya usahakan dari semasa ke semasa.

(jadda ape introduction macam nie hahaha)

Teringat hari hari yang lepas , aku seperti biase mengikuti kelas memandu di pagi hari. sedang aku duduk dipenjuru datang sebuah kereta. yang dipandu oleh seorang makcik yang masih sedang belajar memandu seperti aku bersama seorang guru lelaki disebelahnye.

Dan makcik itu sudah habis belajar kereta untuk hari itu. memberhentikan kenderaan ditepi jalan.

Cikgu lelaki toh keluar dari kereta dan pergi ke sebuah kereta lain. tibe tibe lagu terpasang dalam kereta toh yang sebelum ini sunyi sepi. kemudian dia kembali semula ke kereta tersebut , tapi tidak duduk di tempat pemandu. dia duduk di tempat penumpang. dan membawa kereta seperti biasa.

Semua terpakuu! aku dah gelak gelak sambil berkata 'ohh sioott gilee! '
laju plak toh dia bawak. hahaha

SEMALAM punya cerita , aku 'shif' malam , dan seharusnya bangun lambat kemainn. tengah seronok layan mimpi ke alam fantasi , aku dikejutkan dengan orang dok borak borak dari ruang tamu bawak ke dapur. ye ade orang datang rumah aku. tapi aku masih dalam bilik baju tido dengan tak mandi lagi.

ohh damnn! macam mane aku nak keluar nie. comfirm dorang dok usha sambil berfikiran negatif pada aku. aku dapat idea , terus capai towel dan berlari kemain laju ke bilik air. begitu juge sebaliknye. hahaha

terus buat muke tak malu bersalaman bersama tetamu yang hadir. tapi dorang tak mentioned pon aku kemana. oh baru perasan abang aku pon ade balik bersama tunangnye.

dah bagi layanan yang cukup memuaskan , mereka pon berangkat pulang. tunang abangkuh tanye 'adik dok dalam bilik ke tadi? ' 'ha ah' 'patot senyap je rumah' 'tido dalam bilik tadi muahahaha' 'siot! '

dan HARINI aku tak dapat tido dari semalam. kaki aku sakit sengal sengal ubi di pagi hari sambil di ikuti dengan pencemaran bunyi dari jiran jiran tetangge dok menyediakan breakfast kejut laki/bini pegi keje anak anak pegi sekolah bas hon hon depan rumah dan indon yang tengah menyiapkan rumah jiran di belakang rumah. tak kurang juge dengan pakcik pakai motor besar sedang memanaskan enjin motor. Damn!!

sangat menganggu aku nak tido semua toh. jadi aku memang memerlukan si penyelamat bumi. BoBoiBoyy~


Terbaekk~
cepat betul terpengaruh aku nie. shish!
p/s : harini member aku test JPJ , harap lulus lah. dah banyak tips aku bagi kat dia. antarenye , kenyit mate kat encik JPJ toh. hahaha

Saturday, September 17, 2011

Happy 2nd Anniversary *entry khas*

Assalamualaikum ,



(background music)

*aku single woi , nie anniversary dengan kakak angkat*


Meh kite refresh kembali kisah kisah dulu

*POMMM*   kembali tahun 2009

(konon konon lah pinjam doremon punye mesin masa)


tempat : hostel smtpd

aku masih junior. ya junior yang perlu menghormati senior nye. junior yang perlu bangun awal pagi untuk turun ke surau. junior yang perlu makan dibahagian belakang dalam Dewan Makan. junior yang tidak boleh naik blok senior. junior yang perlu turun riadah. oh pelbagai lagi rules merepek.

dorm aku (Maju) agak rapat dengan dorm senior (Mutiara)
kadang kadang dorang lepak kat dorm aku. dan ya , aku agak friendly.
lame lame rapat dengan sorang kakak nie.

ntah kenape satu haritu kakak toh tak tegur aku pon.
aku dah pelik , aku ade buat salah ke kat dia. ya aku cuak , sebab aku junior. takut dorang tarik aku.
(dulu memang senior takut takut kan junior macam toh)

aku belikan dia air kotak laici. wahh , kemain seronok dia dapat air kotak toh. lepastu kami semakin rapat :) Alhamdulillah

dalam dorm aku selalu kene bahan dengan budak budak dorm. *menganjing*
'Untunglah ade kakak sayang' 'Pegilah lepak dengan kakak sayang toh' dan macam macam lagi .
kadang kadang aku tension jugak dengan dorang. tapi aku rilex jelah.

18 sept 2009 aku di approch. (kemain kau di approch bagai) 
aku tak bagi jawapan time toh , tapi malam toh baru aku bagi jawapan. (eh yeke , lupe)
aku pikir mase depan toh sebab lambat bagi jawapan. muahahaha

at last , aku accept jugak. *wink wink*
tapi kat hostel wat biasa je. jage hati orang lain. nanti orang lain cakap macam aku sorang je plak ade kakak angkat khennn.

*blank*







kakak dorm aku dulu pernah cakap. korang kalo berangkat angkat nie kejap je. tak lame pastu mesti lost contact. aku buktikan kami tak macam toh. Alhamdulillah dah 2 tahun aku menceburi bidang nie. *ehh*
harap hubungan nie akan kekal hingge ke akhir hayat. Amin..

HAPPY 2nd ANNIVERSARY , KAKAK 
I LOVE YOU !

Nursyahira Abd Ghani
&
Norshafrina Mohd Zambri

thanx a lot for being my sister. you are the best and the awesooommee sister in the worldd !!
i miss you kakak :(

p/s : bersamalah dengan seseorang yang benar-benar tahu apa yang mereka ada ketika mereka bersama anda, bukan seseorang yang akan menyedari keistimewaan apabila mereka kehilangan anda :)

Wednesday, September 14, 2011

#13 Rabu Kedu


gelagat si kecik Nur Faqiha 
suke betul buat muke gatai toh .

hoh 

Sunday, September 11, 2011

MAN UTD hebakk kemain





FULL TIME: Bolton (0) vs (5) MANCHESTER UNITED




score by :  Chicharito 4',58' / Wayne Rooney 20', 25', 68' 








Next week : Man Utd vs Chelsea






p/s : eh Negeri Sembilan pon (5) vs (0) Sime Darby . nampak sangat kehebatan nye same macam Man Utd. *errr*  

Wednesday, September 7, 2011

#12 Rabu Kedu



*haruslah masih mood rayaaa !!

Left Key Inside

Assalamualaikum ,

Lame kan aku tak update blog. hahaha. haruslah buzy memanjang raye nie.
ok entry nie taknak cite pasal raye. toh entry lain lah aku update nanti.

left key inside? apekahh?
kunci kete tertinggal dalam kete. damn

nie semalam punye cite , baru nak update harini.

act , aku nak amek barang dalam kete sebab baru balik kampung kan. so , masih ade lagi barang yang tercicir dalam toh. aku lock yang tekan kat tepi pintu toh je. dengan gagah perkasa nye aku tutup pintu. then , tercari-cari mane kunci kete. ohh masih ade di dalam. aku dah gelabahh. masuk rumah carik dalam laci kot kot ade kunci spare.

abah balik , terus tanye mana kunci spare. dia cakap ade dalam beg kecik toh. ohh yaa, beg toh masih ade dalam kete. belum dikeluarkan lagi. hah amek kau. dengan kunci spare sekali ade dalam kete toh. grrr

aku terus bukak google carik macam mane nak unlock kete. ade sorang cikgu nie dia bukak pakai hanger. pakai pembaris pon hadoo. ok  nak jolok celah mane plak kan. aku bukak youtube plak. belajar dari sane. *time emergency je boleh wat. jangan dok curi kete orang plak


ade yang bukak gune phone pon hadoo. fuyoo

aku try lah bukak gune hanger , semangat wajaa nak buat. damnnn! susah kot. try gune pembaris besi plak , pon samee. tak dapat. ingat nak pecahkan je tingkap toh. grr

petang toh , abah dah call cine nie nak soh bukak kan. tapi abah try dulu gune kunci kete lame. toyota. dan dan boleh plak. hahaha. macam mane kunci kete proton dengan toyota boleh same. pape pon Alhamdulillah dapat jugak bukak. :)


moral of the story : janganlah tingalkan kunci kete dalam toh. sekarang kalau nak tutup kete , pastikan kunci ade dalam tangan. taubatt dah taknak buat lagi. hahahaha

Sunday, August 28, 2011

Kennaaa !

Assalamualaikum , 

Harini aku berase sangat malu. bukan sebab tidak memakai baju tapi disebabkan oleh

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


gua kena BANGGG !


oleh member gua sendiri ! arghhh. siooott. grr

kenapa nak malu ? sebab dia BANG pakai sepupu dia. 
konon nak usha aku lah. aku takde lah layan.
tapi budak toh taw sume pasal aku. *aku tak expect member aku punye keje time nie
lepas tanye sume , dia cakap member sekolah aku. senior EE. jadda!


disebabkan dia cakap muke dia macam KAMAL ADLI , aku pon nak jugak lah tengok kan.
tambah tambah plak dia kenal member member aku . habis sume plak dia sebut. grrr

konon nak add aku kat facebook lah khenn. 
sambil toh aku berwebcam kejap dengan member aku yang jilakee nie. hahaha
dia pon tanya lah pasal si mamat nie mane tak add add lagi. 
(aku tak dapat search mamat nie punye fb sebab name tak berkaitan langsung dia bagi)

tiba tiba . mamat nie call aku dan muncul belakang member aku nie. 
pastu ramai ramai sebut BANG BANG BOOM kat aku. arghhh! maluu lagi

kalau aku ade dekat dia , memang kepala dia aku gondol gondol kan. shish!
nasib baik lah aku nie cool je *puji diri sendiri
takde lah dok seret muke kat jalan sebab malu sangat khenn.


ok . di kesempatan ini *amboi , kemain ayat BM kauuu
saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI DEKARAYA
*MERDEKA DAN RAYA*

Maafkan segala kesilapan dan kekhilafan saya dalam tempoh saya berbelog nie.
Maaf juge atas penggunaan 'aku-kau' dalam blog nie. *saya awak macam formal sgt. :p
Maaf kan jikalau terkasau bahase
Maaf  kan lah Maaf kan lah ~

kepada sesiapa yang nak balik kampung toh , seperti biase

bawak kete leklok

jangan lupe kunci rumah , pakai lah mangga yang besar gedabak pon. takde orang kesah de.

jangan lah bersikap pelik 
contoh : hari hari biase kete 5 / 6 bijik dok tersadai je kat luar rumah. tapi time time nie lah ko nak sumbat 5 / 6 bijik kete kat dalam garaj toh . 

jangan tinggalkan sebarang tande tande yang anda nak tinggalkan rumah
contoh : update kat status fb 'ye ye ye jam 10.39 pagi nie aku nak balik kampung selama patpuluhnam hari'


Hah ! free free je si dia dapat detect rumah lu kosong time toh.

pesanan penaja : 

HATI - HATI ADE YANG MEMEGHATIIII ~


semoga perjalanan pergi dan balik kite selamat sampai ke destinasi. 
Aminnn :)


Friday, August 26, 2011

Teringin ~

Assalamualaikum , 

tibe tibe teringin nak makan tepek pisang. pernah makan ? ke korang tataw pon tepek pisang nie? hahaha
ok , tepek pisang nie makanan tradisi orang perak. ade orang panggil lepek pisang. tapi nie bukan lepat pisang lah. lepat pisang dikukus. yang nie disalai dalam daun pisang atas kuali tanpa minyak. dalam nye kite letak kelapa. same macam lepat. 

sumber : google


aku dah lame tak makan kuih nie. sejak arwah mama takde , tak merase dah tepek pisang nie. :(
dulu tak teringin pon. sebab tak pernah disebut. tadi sepupu aku sebut plak tepek pisang nie. grr
terus ngidam. hahaha


p/s : nak buat akan datang ~ hahaha

Wednesday, August 24, 2011

kad ghayo

assalamualaikum ,

dah tak ramai yang bagi kad raye sekarang kan , semua menggunakan kemudahan internet / sms .

nak dekat raye mesti ramai yang post kat wall 'selamat hari raye' takpun tag picture.

kat phone plak berderet deret bagi mesej , sampai tak sempat nak reply pon. ade yang berpantun / nyanyi lagu raye . pelbagai.

kesian abang posmen takde keje dah. sebab takde orang nak pos surat. hehe

tapi , ade lagi yang bermurah hati nak bagi kad raye kat aku. wee~
haritu dapat kad raye dari Cik Domo . terime kasih cik domo .

buat sendiri toh kad raye dia. :o
dan aku antare yang bernasib baik dapat kad raye dari dia.
tahun tahun akan datang bagi lah lagi. hahahaha


p/s : ade sesape nak bagi aku kad raye lagi ? sempat lagi nie. :)

#11 Rabu Kedu




p/s : tengok anak bulan :)

Sunday, August 21, 2011

Love Food Hate Waste

Assalamualaikum ,



rakyat negara lain mati disebabkan kelaparan , rakyat kite mati sebab kekenyanganTabiat pemakanan rakyat Malaysia menyebabkan sejumlah 930 tan makanan dibazirkan setiap hari kerana tidak dimakan.
Jumlah itu bersamaan dengan membuang sebanyak 93,000 beg beras 10 kilogram (kg) setiap hari. tambah pulak bulan ramadhan nie.


kat Malaysia memang terkenal dengan pembaziran nye. kite amik contoh ... hmmm. ok tak payah pegi jauh jauh , tengok pembaziran kat rumah aku jelah eh. pegi bazaar beli macam macam. kuih muih 2 3 jenis. (abah yang beli , rambang mate , sume nampak sedap. aku dah berape minggu tak pegi bazaar)  dengan murtabak nye lauk pauk lagi mi laksa . makan 2 orang saje. fuhh memang tak habis. nak bawak ke sahur? banyak mane sangat lah makan sambil mate terkebil kebil toh. =='






dah tengok video toh? orang orang kat Somalia , Afrika . punye lah kurus kering sampai nampak tulang. aku  kita? dipenuhi lemak. aku rase macam nak transfrer je lemak lemak aku nie kat dorang. kesiann kan. toh pon kalau boleh lah. and child dies every six minutes. 


kalau nak menderma :


ISLAMIC RELIEF MALAYSIA
Address: 31-7, Jalan SP2/1,Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
Email: info@irmblog.org
Telephone: +603 8948 6334
Fax: +603 8948 7339

Maybank: 5621 4270 8704
CIMB : 1259 0000 804 058

Thursday, August 18, 2011

Ayuh Kerjasama

Assalamualaikum ,

masih dalam mood puase + raye (sikitsikit)

Alhamdulillah , kite baru je lepas nuzul Al-Quran . dah berapa juzuk habes? ape? dah nak khatam?! Alhamdulillah . bagus lah camtu . :)

dah beli baju raye? sudah? whoahh. bagus2 . sediakan payung sebelum hujan. nanti kalau beli lambat , ramai orang / stok dah habis .

seperti tiap tiap tahun , baju kurung aku dibuat oleh makcik kuh . dan setiap tahun ade tema . bukan tertumpu pada setiap family , tapi seluruh sedaremare toh menggunakan tema yang sama. tahun nie warne HIJAU. tapi tak pasti hijau daun keladi ke daun pisang ke etc .

aku ade mintak sample sikit kat cousin aku toh , nak jugak tengok warne dia macam mane . sebab senang sikit aku nak beli tudung / shawl kan . tapi , tidak memberikan ape yang dimahu . hmm . nak marah , kite pikir sedare . kang kecik hati lah plak . tataw lah nak wat camne . terus takde mood nak beraye . =='



ye , walaupun sedare  . kene lah bagi kerjasama . janganlah kau sorang je nak havocc / gojes pagi raye . aku? damnn .
so , aku kene carik tudung / shawl yang boleh masuk dengan sume calour. lepas raye , baru nak carik yang betul betul punye .

(rase macam tahun tahun akan datang taknak tempah kat makcik aku lagi lah , susah nak bagi kerjesame . sume nak cincai je . harge taknak plak cincai ark? ) haihh

papepon , bersyukur lah kita masih mampu nak beli / berbelanja untuk raya . tapi janganlah membazir sangat . aku rase tahun nie , aku tak boros . *TOLONG PERCAYA
hujung tahun maw keluar duit yang banyak untuk wedding my brathaa and further my studies .


p/s : ilovedondaniyaldonbiyajid

Saturday, August 13, 2011

Car Tack ong ong

Assalamualaikum ,

*car tack - katak
ong kedek kedek ong kedek kedek~

camtu lah bunyi katak *yeke

harini aku nak cite pasal katak . katak ialah sejenis nate yang tak boleh berlari . hanye mampu melompat .
harini hujan . kenape hujan ? sebab katak panggil . tak percaye ? tengok video nie . dulu dulu bukan main hebat nyanyi kan. haha *flashback



nak panggil , panggil lah. tapi aku rase tak perlu kot nak masuk rumah aku dengan muke tak bersalah toh .
tak payah kau nak carik alasan masuk rumah aku sebab nak amek microphone / speaker lah. aku dah masak dengan alasan toh. huh

kau bukan nye tak taw aku memang makhluk yang geli geleman dengan katak nie. serious aku geli . dah lah perut buncit . pregnant ke ? haish Bertambah geli lah aku.

tengah syok aku tengok tv , kau sedap je lalu depan aku . kalau kau lompat , memang dah ade kat badan ku yang empuk lah kan . damn !

aku slow slow beredar dari tempat duduk toh sambil mate melilau carik penyodok sampah .
ok dia main lari lari dengan aku . dah lah aku geli . boleh plak dia dok belakang almari . hah , camne ke gaye nye aku nak keluarkan nye. adoyy . tak sanggup de aku nak angkat kau . kang kau lompat , naye je aku pengsan kat situ jugak . haihh .

aku letak penyodok celah almari toh . (muat plak dia masuk . memang flexsible betul )
sementare tunggu kau keluar , (penuh harapan harap dia keluar) aku dok belek belek bekalan yang abah bawak dari moreh kat surau tadi . (belek lah sangat , padahal dah ngap masuk mulut . cehh ) toh lah pegi surau tak . moreh nak . hahaha

oh , lari topic . tak lame pastu katak tadi keluar dari belakang almari tadi dengan badan penuh habuk . (nampak sangat belakang almari tak sapu) hahaha . sape suruh dok belakang toh . padan muke kau !

pandai pulak toh , tanpa disuruh terus je masuk dalam penyodok yang awal awal lagi aku dah sediakan toh . good job ! sebab memudahkan keje aku . terus aku bawak dia berjumpe kaum kerabat dia yang lain yang sudah sedia ada memekak kat luar rumah . sekian ~

*walaupun aku geli geleman dengan spesis spesis berbadan sejuk dan berlendir , aku takde plak nak bunuh . sebab dia pon nak hidup jugak . peace :)

Thursday, August 4, 2011

hari ini

assalamualaikum ,

korang sedia maklum harini aku ade test computer . aku boleh plak bangon lambat tadi . uncle toh suruh aku tunggu pukul 7.20 . aku sedar pukul 7.35 . gelabahh ayam makan cekodok lahh bangon. gosok gigi je. mandi pon idokk. katil tak kemas. bilik bersepah . aku tinggalkan macam tuh je. ingat uncle dah blah. tapi takde plak dia contact aku. takpe lah aku tunggu je . nasib baik dia pon terlambat sikit. 7.45 baru sampai. hahaha

pegi test computer kat bahau . aku orang 1st dan keseorangan . takpe lah , abang toh suruh aku practice dulu . aku lulus kat practice toh. belum masuk dalam lagi. hahaha . lepastu , aku pon menghadapi ujian yang sebenar . ok , bosan kot. aku dah siap sume soklan . tapi aku rase macam banyak lagi mase yang tinggal. takpe lah aku usha usha dulu soklan tadi. dah bosan . aku klik tamat ujian . taraaa . saya lulus ! 45/50 dalam mase 14minit8saat . hahaha . aku dah gelak2 dah. akak yang jage toh terkejut tengok result aku. dah lah cepat gile aku buat. Alhamdulillah .



balik dari test toh , aku kene tunggu budak budak yang amek test JPJ habes. mule mule org JPJ toh datang dah taw perangai macam mane . ade ke patot bawak kerete punye lah laju . pastu pasang radio gile kuat. macam kerl ! last last , ramai gile failed test JPJ toh. untuk parking dorang diberi mase 5min kan sebelum angkat tangan , tapi belum angkat tangan lagi , JPJ dah tick 'X' . apekehei nye? memang ramai lah tak puas hati tadi . macam menganiaya orang pon ade. huh

balik rumah , abah ajak pegi seremban . beli baju katenye. aku pon ok jelah. dengan tak mandi nye , aku selamber jelah. sembur minyak wangi banyak banyak . :)  tapi abah heading to segamat . cakap nak pegi seremban. ishh ( ke aku yang salah dengar ) urghhh! nebermind . ikot jelah. bukan ade ape pon kat sane. dah lah tak boleh makan . ish ish . bosan je. baik aku tido kat rumah. krohh krohh ~




p/s : penat . baru nak mandi . ( sendiri bocor rahsie ) bungukk hahaha 
terima kasih yang mendoakan aku lulus . :)

Wednesday, August 3, 2011

#8 Wordless Wednesday



p/s : besok aku ade test computer . doakan aku lulus  *loser baru nak amek lesen =='

Tuesday, August 2, 2011

retisss

assalammualaikum ,

tadi aku usha satu website nie. banyak pasal retis jelah.
aku nak share kat korang ape aku bace tadi yang telah membuatkan hatiku geli. hahaha


comel kan? haha . Sophea Isabella 
baby astronout tengah potong kuku . hahaha


10 Artis Wanita Tercantik Malaysia Bila Tudung


Maya Karin
Pashanak Sandha
ok , ade lagi 8 retis . tapi aku saje amek 2pic nie. cakap artis wanita tercantik bila memakai tudung. tapi nie ....?! apekah?!
disebabkan pemikiran aku yang dah macam macam terpikir. aku terus bace komen komen dorang .





HAHAHA . banyak lagi lah dorang komen. gelak je aku bace. act , ade je pic dorang yang cantik cantik. tataw lah kenape admin nye letak pic toh. haha




hah , cantik je kan :)

setiap ciptaan Allah SWT itu adalah yang terindah :)
p/s : korang boleh serbu Beautifulnara sekarang. klik SINI

Monday, August 1, 2011

salam ramadhan

assalammualaikum ,



hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba . berakhir bulan syaaban , bermulalah ramadhan . disusuli dengan SYAWAL :)
*puase sehari pon belum lagi

teringat sewaktu di sekolah asrama , perempuan ade excuse untuk tidak berpuasa . balik sekolah je , buat maggi kari . fuhh , bau nye . mengancam ! makan di luar dorm . kat tangge kecemasan . (konon taknak bagi budak budak yang berpuase dapat bau lah) tibe tibe , ketua aspuri (K.A) datang . sebab dapat detect bau maggi kiteorang . hahaha . mengelabah gile . yelah , kiteorang waktu toh masih freshie / junior lagi . tapi , K.A chill je . paham lah kan  :)

bile dah jadi senior , kepala besar . begha ! turun dewan makan (DM) lambat . konon taknak berebut dengan junior . lambat sangat sampai azan berkumandang . padan muka aku makan kurma sambil beratur . tapi best puase kat hostel sebab petang petang boleh keluar pegi bazar ramadhan . hah , time nak berbuka bermacam macam air ade . warne warni . meriah !

terawih - semangat awal awal puase je . dah nak hujung hujung toh , dah tak nampak batang hidung kat surau dah . terbang sume nye . kiteorang selalu buat more' sendiri . lepas habis orang terawih , kami dok makan lagi hasil makanan yang dibeli kat bazar / tapau makcik DM punye kuih . *konon macam pergi terawih je . hahaha

sahur - dalam due tahun dok hostel ade lah 2 / 3 kali turun . gile pemalas . sanggup tido dari makan  (pengorbanan) Selalu nye kiteorang dah makan awal awal before tido toh . so , memang tak lah nak turun makan . dah lah kami dok tingkat 3 . (konon macam tinggi je) tapi toh lah satu dorm pemalas ! kalau ade orang tapau bawak naik toh bukan main laju nak bangon . cehh

rindu plak nak puase kat hostel . btw , happy puase day . dah besar kan , takpayah nak ponteng ponteng puase tanpe sebab yang munasabah . tak perlu dah kene pancing dengan duit baru nak puase full . tak ikhlas name nye toh . 5waktu yang wajib perlu diutamakan .  akhir sekali , yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk datang dari saya :)


p/s : oh aku off day . baru nak semangat puase besok . urghhh ! 

Thursday, July 28, 2011

bang bang boom

assalammualaikum ,

selalu menonton BBB ? jarang ?! tapi pernah lah kan ..  tak pernah ? ok . itu tipuu! ciss
ok . kalau korang tengok episod 27 july . nampak tak muke aku dalam toh? :)



aku tipuu! haha. aku tak masuk tv pon.
tapi aku nak cerite pasal segmen  B A N G G G !!
serious aku cakap , tak pernah aku tengok BBB sambil menangis. tapi segmen untuk episod nie aku menangis. hahaha . dah taw cerite pasal nak kenekan orang . tapi aku tetap nangis jugakk. sedihhh wooo :(
dorang BANG kan seramai 1500 student UM yang tengah orinted.



First dorang masuk , kene tunduk dan tangan cecah lantai . konon protokol lah kan.
pastu , ade sorang budak perempuan bersubahat jugak kenekan member member dia .
dia cakap kene berhenti setakat seminggu je sebab family orang susah . bapak dah takde . adik OKU . adik beradik 5orang .



then , dalang nye suruh student student lain nyanyi lagu Doa Perpisahan . ohh , lagi lah bertambah sedih.
pastu , dorang salam peluk semua. siap edar tabung untuk bagi sumbangan lah konon nye. puihh.
ntah kenape aku rase sedih plak tengok nie. rase macam betul betul je. =='

lastly datang lah nate nie . dan baru dorang taw yang dorang kene .. 


 B A N G G G ! 



p/s : tapi , kalau aku kat tempat dorang memang aku dah menyumpah seranah sume . habiskan air mate aku je . hahaha

Friday, July 22, 2011

mat bol

assalamualaikum ,

bol = bola

Kebanyakan player / peminat bola nie dalam kalangan kaum Adam je. tapi ade jugak kaum Hawa yang minat / bermain bola nie. takde lah tertumpu lelaki je ark ?!
baru baru nie team Japan menang dengan team mane aku tataw plak. sebab aku tak tengok pon game dorang. Hey , ok lah toh. bukan senang perempuan nak main bola. terkangkang kangkang kan. haha

Kalau setakat futsal toh takde hal lah. ramai je girls main. aku je yang looser tak pernah main lagi. kalau aku , jadi gol keeper je lah kan. hahaha . ade sape nak join aku ? kite buat team. fuyoo (angan angan)

Family gua memang minat game bola nie. (tetibe gune gua) tambah bersemangat nak tengok kalau team Malaysia / anak anak Nesmilan main. oh Hobin Jang Hobin ! memang bergema lah rumah dengan jeritan dan caci maki hamun kepada player / reff  . hahaha  Nasib lah kan kepada yang kene caci maki hamun toh. sorang cakap ' ehh , bodoh lah seman bin samut toh main. ' Hah , toh sorang yang cakap budush , kalau lebih 44 kali ?! tak ke memang budush player toh . toh lah tabiat rakyat Malaysia nie. tak habes habes nak caci maki orang. ce korang yang pegi main kat game toh. senang ke idok?!

Tapi kan gua tabik spriiinnnggg lah kat team Malaysia lawan dengan Chelsea malam tadi. 0-1 je derr. toh pon gol kontroversi. bagi jelah dorang sebijik. kalau tak nanti orang cakap Malaysia gune bomoh plak sebab Chelsea tak dapat sebijik pon gol. hahaha

Eh , aku still tak percaye kot. yelah , lawan dengan Chelsea kot. sebuah team gergasi plak. tapi hanya dapat menjaringkan 1gol je. member member lain dok belasah 4-0 , 6-3 , tapi ko dapat sebijik je. tahniah lah untuk skuad bimbingan Ong Kim Swee. gol keeper , Farizal Marlias hebakk . gol keeper Nesmilan eh ?

dah kawen ke belum eh? haha

Membazir je Chelsea beli si Torres dengan Lampard mahal mahal tapi ... ape pon tak boleh :)
Haritu tengok Malaysia vs Liverpool kat kampung , hah lagi lah kecoh . menjerit jerit. dah lah Maghrib. oh terok terok. tapi ok jugak lah kan dapat 3 gol. 2 dari Safee Sali . dari telur ayam . :)
Btw , good luck untuk skuad Harimau Malaya yang akan menentang Singapore nnt . sokongan padu dari aku dan family di rumah. hahaha


p/s : oh , aku peminat Man Utd :)