Sunday, June 19, 2011

HAPPY FATHER'S DAY

Assalammualaikum 


Dengan ini saya nak ucapkan selamat hari bapa kepada incik ayah Abd Ghani bin Ali. terima kasih sebab dah jage anakmu ini selame 17 tahun ++ dengan baik dan sempurna. terima kasih sebab abah tak pernah kata TIDAK dan tak pernah tak dapat ape yang org nak. terima kasih abah. dah 2tahun ++ mama takde , abah lah yang mengambil alih tugas mama. 


Abah lah yang memastikan semua keperluan cukup. abah lah yang memastikan setiap hari kami dapat makan. abah lah yang masak untuk kami. (ade anak perempuan pon macam takde je kan) abah lah yang memastikan duit kami cukup. abah lah yang risau bile aku tak dapat further studies. abah lah ayah dan ibu yang terbaek untuk kami. iloveyou abah.


Walaupon kami tak rapat dengan abah tapi sejak mama takde kami kena lah berdepan dengan abah. kalau dulu nak ape - ape sume kene cakap dengan arwah mama. arwah mama lah yang menjadi orang tengah kalau kami nak sesuatu. tapi semua itu tidak berlaku lagi sebab mama dah takde. jadi , kami terpakse lah berdepan dengan abah. mungkin Allah nak kami dengan abah menjadi rapat. itu semua rahmat kerana setiap ape yang berlaku mesti ade rahmat nya.


Kenapa kami tak rapat? mungkin sebab dulu abah garang / perangai abah yang tak berubah2 toh. tapi takpe. kami akan selalu doakan agar perangai abah berubah dan pintu hati kami sekeluarga terbuka untuk menjadi lebih rapat. amin


Ye. aku anak perempuan tunggal. kebanyakan yang aku tengok ramai anak perempuan nie rapat dengan ayah. tapi tidak bagiku. aku lebih rapat dengan arwah mama. jadi bile mama takde memang aku sangat terase kehilangan beliau. dulu pergi mane mesti aku ikot. sanggup aku ponteng sekolah semate-mate nak ikot arwah mama. sekarang memang sangat terase sunyi. dah lah aku sorang je perempuan. tapi takpe aku tetap tabahkan hati sebab aku taw ape yang terjadi ade hikmah nye. kalau aku rase aku nie terok. ingat lah ade yang lagi teruk dari kite. 


Mujurlah aku masih ada abah. aku harap abah dapat menjadi wali aku mase kawin nanti. insyaAllah. abah juge seorang yang tabah. die kuat untuk hadapi semua nie tapi aku tak kuat kalau kedua orang tua ku takde lagi nanti. yelah setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. aku harap belum terlambat untuk aku meminta maaf dan mengucapkan org sayang abah. ye , walaupun dah 17++ aku masih belum mengucapkan kata-kata tersebut.


Aku jeles tengok kawan-kawan aku begitu rapat dengan ayah mereka. aku nak jugak menjadi seperti mereka tapi entah kenapa bende tu sume tak terjadi kepada kami. mungkin semuanya masih menyimpan ego masing - masing. aku dah lame memaafkan perbuatan abah tapi abah masih tak berubah. kenapa??!


Dari sedih rase nak marah pulak apabila teringatkan perkare lame tu. hmm. but it's ok. aku tak nak lah mencemarkan hari bapa nie dengan kebencian pulak kan. tak elok lah macam itu macahaa. lepak. chill . relax . (anwarhadi) lah kan. so , aku harap sangat abah akan berubah. ye , walaupun sume orang mesti akan cakap "eh , ceria je bapak kau dengan kiteorg." ye , dengan orang luar memang dia huuhaahuuhaa. tapi , bile dengan family diam seribu bahasa. ehh , ape cite lagi nie. ishh. tutup cite tuh. 


So , sempena hari bapa nie aku ingat nak beli kek kecik je. tapi aku segan. haha cukuplah sekadar memberi ucapan saja. ok ke takpe?  cukuplah tuh. :) nie ade lah sedikit gambar mase kat bukit tinggi , indonesia.






aku rasa macam panjang je entry nie. haha. nie pun naseb baik dah banyak potong. kalau tak memang panjang lagi nie. btw , aku nak ucapkan selamat hari bapa kepada sume bapa - bapa di seluruh dunie. (bapak ayam tak masuk oke) 

p/s : semoge abah panjang umur dan dimurahkan rezeki. iloveyou abah :)

No comments: