Sunday, December 18, 2011

Hadap

Assalamualaikum tawan tawan .

*lap air mate*
hahaha belum taip ape ape dah nak lap air mate. adoy *tepuk dahi*

(time time nie la lagu Patah Seribu nak berkumandang di radio swasta) *emo*

pada tanggal 20hb Disember ini tamat la sudah pengangguran ku di rumah dan tamat juga segala keindahan dan kenikmatan duduk kat rumah ini. cukup setahun aku habis sekolah tingkatan lima.



kini dengan rasmi nya aku akan mulakan perjalanan hidup yang baru iaitu menjadi salah seorang pelajar di Politeknik Port Dickson. InsyaAllah 3tahun lagi aku akan menggenggam (betul ke eja cmni?) segulung Diploma Kejuteraan Awam.

wa sedih jugak nak tinggal kan rumah , tinggalkan abah , tinggalkan ke'heaven'nan tido yang panjang , online bile bile mase , tinggalkan bukak lagu kuat kuat , tinggalkan blog. EH?! haha tinggalkan abang abang kuh yang hensem serta kakak ipar yang cantik (puji sikit , baru dpt elaun lebih) dan macam macam lagi la. mesti aku rindu mereka semua. harap tak menjadi jadi la rindu aku nanti. heh

ironi nya (kemain aayat kau jahh) aku rasa tak sabar pulak nak hadap perjalanan hidup baru nie. tak sabar nak habis belajar sebenarnya. al-maklumlah nak mencapai aspirasi kuh. hahaha #poyo

tapi aku ade satu masalah iaitu aku belum tahu lagi keputusan rayuan hostel aku toh. aku rase korang taknak tengok aku berpelesiran kat sana dan menjadi salah sorang ahli gelandangan kan?! seperti yang diketahui umum , budak semester satu nie wajib duduk hostel. macam mane aku boleh tak dapat toh? urghh! #kritikal

dengan hati yang kudus serta harapan dan iltizam yang tinggi , aku harap dapat la aku dok hostel toh. oh aku baru dapat satu khabar yang aku tak tahu la gembire ke tak. berita terkini : keputusan rayuan akan keluar 20hb toh. defakk time nak daftar toh baru dapat taw. kalau tak dapat , time toh jugak aku nak carik rumah sewa?! urghh! #kritikal lagi

lantak la. ape ape pon harap aku dapat cepat menyesuaikan diri kat sane dan dapat kawan yang baik boleh terime aku boleh kejut aku solat subuh. haha dan harap setiap exam , pointer haruslah 3.00 ke atas. hahaha korang nampak tak aku tulis ape? hah! nanti sem akan datang aku nak tengok balik. terbukti ke tak azam sem 1 aku nie. kahkahkah!


p/s : packing barang . oh ya sahabat aku (atyn) yang mengalami keadaan yang sama pon ade buat entry jgk. KLIK

4 comments:

atyn nayn said...

bhahaha! sep sep! samo samo lah kito haronginyoo. erghh. tido dah tak lena da ni. haha. jumpa disana syiroo :D

syahiraaghani said...

hahaha. baekkk! aku tdo tetap lena. hati je deborr.

hayatFARAH said...

cayok2!!teruskan majukan awam ;)
ak dah menyimpang dah dr awam dah..hmm

syahiraaghani said...

hahaha. kau memangg! xpe rezeki aku masih kat awam kot. tq