Thursday, May 9, 2013

Vacation. KK, Sabah

Assalamualaikum,

*pelik jap sebab post ni dalam draft*
*penuh gambar*
orait ! startttttttt nowwww

cuti thaipusam dengan apa ntah haritu. aku berkesempatan pegi ke Kota Kinabalu & Kuching.
seramai 12 orang kot pegi. ahh cepat betul lupe. dah lame kot wehh! lupe gila nak update. hehe
tapi ni post berkaitan kat KK dulu laa. banyak sangat.


KUALA LUMPUR-KOTA KINABALU

flight kami pagi. sampai je terus masuk hotel. ouhh boleh plak silap booking hotel. pfftt
masuk hotel tukar baju sume. bergerak ke Pulau Manukan. cantik gila pulau dia. air bersih. memang tempat orang snorkling la kan. nampak ikan berkeliaran. hew

ingat senang senang ke nak ke pulau ni? dah tentu la kene naik bot. redah ombak tinggi. pheuw pesstaimmm and kiteorang kene balik before pukul 6 kot. sebab ada pasar kat Pasar Philipine. nanti leceh nak bersesak plak.
so, dah malam toh kami jalan jalan je kat pasar philiphine. besar. macam macam ada. kat sini la nak beli souvenir bagai.  kami makan kat situ. ikan bakar sotong udang. seafood jea. not bad laa dia masak.
udang besar gila. rm200++



Second Day, kami ke MOUNT KINABALU.

before that kami ke Kundasang War Memorial. tempat dia cun. sejuk plak kan. 
ada macam macam jenis taman. australia, america etc



then, kami tengok lembu australia eh? yang gemok gemok toh. tapi tak pegi ladang die sebab mereka berkeliaran. bukan dalam kandang. so, rugi jea nanti. proceeddddd ke PORING HOT SPRINGS. masih di Kundasang. kolam air panas. kami sume rendam kaki tetiba sepupu aku yang kecik terjatuh dalam toh. hahahha!! sia sia kene beli baju baru. sebab tak bawak baju lebih.
rendam kaki je
terus shoot ke gunung kinabalu. tapi kami kat kaki je. takde la naik atas. lagipon kene ade permit la bagai sume. 
sepatutnya dah boleh nampak gunung, tapi kabus tebal. 
jyeahh bersepah org. tapi bkn pegi daki pon. hehe
arahan before mendaki

and last kami ke JAMBATAN TAMPARULI. ha nyanyi sikit kak. haha

panjang jugak jambatan ni
malam toh kami ke view point. dekat hmmmm tak ingat. haha. boleh tengok view KK.


keesokkan pagi nya kami fly ke Kuching plak. huhu

i'm ready to take off :)
seriously, tempat yang patot pegi. sejuk. cantik. best. tiptop. btw, kami sewa van and drive sendiri. sebab sepupu dengan makcik pakcik aku pernah sampai dah. nanti rugi je nak sewa tour guide bagai. huhu

#WillMissKK <3



No comments: